SKKT


 

  SEKOLAHKU SYURGAKU 

       UNTUK PAPARAN YANG BAIK                   SILA GUNAKAN

  MOZILLA FIREFOX  

                           PROFIL SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 adalah sekolah rendah yang terletak di dalam Kem Terendak, kira-kira 25 km dari Bandar Melaka. Ia adalah sekolah yang di tubuhkan untuk memberi perkhidmatan pendidikan untuk anak-anak anggota tentera di Kem Terendak dan mempunyai sejarah yang berkait dengan sejarah angkatan tentera di Melaka.

Sudirman - Warisan.MP3

" KAMI TIDAK MENJANJIKAN KEAJAIBAN TAPI MEMBUKTIKAN KOMITMEN DAN KESUNGGUHAN KAMI "

      SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG  KAMI :     

   " HIDUP MESTI BERBAKTI "   

    OBJEKTIF  SEKOLAH   

    Bagi menjamin kecemerlangan murid SKKT 1, maka pihak sekolah memastikan semua murid :

* Menguasai Bahasa Inggeris dengan pencapaian 100 %.

* Menguasai 3M sekurang-kurangnya pada akhir tahap 1.

* Cemerlang UPSR meningkat 5 % setiap tahun

* Menanam semangat kekitaan dan mewujudkan suasana ` SEKOLAHKU SYURGAKU `

* Cemerlang dalam bidang Akademik, sahsiah dan kokurikulum.

 

      LAGU SEKOLAH     

HIDUP MESTI BERBAKTI                                     COGAN KATA-KATA KAMI                                   PELAJAR SEKOLAH INI 

BERIKRAR BERBAKTI 

PUTERA PUTERI PERWIRA                                             BAKAL PAHLAWAN NEGARA                                         TAAT SETIA PADA RAJA                                             RAJIN SETIAP MAS                                                   

SEKOLAH RENDAH KEM TERENDAK                     TETAP TABURKAN JASA                                             KAMI BELAJAR DAN BERIKRAR                             TERUS MAJU JAYA

HIDUP MESTI BERBAKTI                                              PADA TUHAN DAN NEGARA                                        TAAT PADA IBU DAN BAPA                                           DAN GURU SEMUA

TEMPOH:MARCH                                                            

CIPTAAN : A. Majid Alias

Key : F major

Statistik Murid dan Guru SKKT12014

Phone: 06-3573133 ext.-8826 / 06-3573793
     Fax: 06-3573793
Email:sek.keb.kem.terendak.1@gmail.com

Email kumpulan : staf-skkt1-melaka@googlegroups.com

Website Sekolah : http://sekkebkemterendak1.yolasite.com  ;

http://sekkemterendak1.blogspot.com

Blog PRS : prsskkt1.blogspot.com

       SEJARAH  KEWUJUDAN  SEKOLAH       

Mountbatten School  telah dibuka pada 1960  dengan Guru Besar pertamanya ialah Mr M.A Hopkins Clarke dan di bawah pentadbiran Kerajaan Commonwealth. 

          Pada 20 Mac 1970 sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Kem Terendak dan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia pada 27 Mac 1970. Pada ketika itu bilangan guru hanya 11 orang manakala bilangan murid pula seramai 337 orang.  Menjelang penggal ke 2 1971, bilangan murid telah meningkat seramai 730 orang manakala bilangan guru pula 19 orang.  Bilangan pekerja termasuk kerani dan pembantu pejabat seramai 7 orang. Pada 8 Jun 1971, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ditubuhkan dan pada17 Julai 1971, Temasya Sukan Tahunan kali pertama diadakan. Pada 9 Oktober 1971, Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah kali pertama telah diadakan. 

         Majalah BAKTI yang pertama diterbitkan pada 3 November 1971. Pada 5 November 1971,  Minggu Terbuka dan temuramah yang pertama telah diadakan yang mana ibu bapa dijemput hadir untuk berbincang  berkaitan perkembangan anak-anak mereka disekolah dan latarbelakang anak-anak mereka dirumah.  Tujuannya adalah untuk meningkatkan prestasi dari segi kurikulum dan kokurikulum murid-murid. Pertambahan murid yang tinggi telah menyebabkan berlakunya kepadatan murid di dalam setiap kelas.  Dua sesi persekolahan terpaksa diadakan iaitu di sebelah pagi dan petang.  Bilangan yang terlalu ramai telah menyebabkan pihak kementerian mengambil tindakan untuk membina sebuah lagi sekolah di dalam kawasan Kem Terendak. 

        Pada 1996 sekolah baru telah siap untuk digunakan.  Sebahagian murid dan guru dipindahkan ke sekolah baru dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kem Terendak telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1.

Guru Besar- Guru Besar yang telah berkhidmat sejak diawal Pentadbiran Kerajaan Malaysia ialah :                                                                                                                                                                 1.  Encik Kamaruddin bin Zaman                    1970 – 1988                                      

2.  Tuan Haji Mohamad bin Ibrahim              1980 – 1990                                     

3.  Tuan Haji Kamaruddin bin Jantan             1991 – 1992                                     

4.  Puan Habibah bt Busu                                 1992 - 2004                                      

5.  Encik Md Yusof bin Baba                            2004 – 2011                                     

6.  Encik Safian bin Ab.Rahman                  mulai 6.4.2011       

Sehingga kini Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 masih kekal dengan 2 pentadbiran iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia.

     LOKASI SEK.KEB.KEM TERENDAK 1