Lencana Sekolah

Lencana sekolah berbentuk perisai dan menyerupai lencana Garisen Kem Terendak, yang mentadbir Kem Terendak di mana letaknya sekolah.

Warna merah di bahagian atas melambangkan ketabahan dan keberanian anak-anak murid sekolah yang merupakan putera-puteri perwira negara kita.

Warna hitam melambangkan keamanan dan ketenangan yang ada pada jiwa warga S.K. Kem Terendak 1 dalam menghadapi cabaran dan masalah dalam kehidupan mereka.

Bersama-sama kedua-dua warna melambangkan cogan kata wira Kem Terendak

" SEMERAH SEHITAM "

Warna kuning melambangkan penerangan dan kecemerlangan dalam kehidupan yang menjadi harapan dan sasaran warga sekolah

Lambang buku menandakan ilmu sementara obor menandakan pengetahuan.

Cogan kata "Hidup Mesti Berbakti" melambangkan pedoman hidup warga sekolah.

MATLAMAT SEKOLAH


Menyediakan pendidikan yang berkualiti dan berkesan keseluruhannya kepada anak-anak warga Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1.


FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH 

Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 mendukung cita-cita bangsa berdasarkan :

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Ke arah melahirkan insan yang berupaya menangani sebarang cabaran untuk meningkatkan martabat bangsa demi perpaduan dan kemakmuran negara.

Guru Malaysia.mp3

VISI

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 sebagai sekolah CEMERLANG

MISI

Memberi pendidikan berkualiti bagi melahirkan murid yang cemerlang melalui budaya kerja berpasukan.

 

 SLOGAN

 " HIDUP MESTI

BERBAKTI "


PIAGAM

PELANGGAN

Bahawa kami warga SK Kem Terendak 1, Melaka, berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :

 MURID :

- Memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti kepada setiap murid secara adil dan saksama.

- Memastikan semua murid yang mendaftar disekolah ini mendapat layanan yang adil dan sama rata.

- Memastikan semua murid yang layak mendapat pinjaman buku teks pada hujung tahun semasa, sebelum sesi persekolahan berakhir.

- Memastikan semua murid tahap 2 berpeluang menyertai kegiatan kokurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu kelab beruniform dan satu aktiviti sukan permainan.

- Peluang diberi kepada murid tahap 1 untuk menyertai satu aktiviti kokurikulum mengikut minat dengan kebenaran ibubapa.

 GURU DAN KAKITANGAN :

- Setiap guru dan kakitangan sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun.

- Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap guru dan kakitangan akan diambil tindakan segera tidak lebih dari 3 hari.

 WARIS :

- Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan sama rata.

- Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.

- Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dibincang dalam mesyuarat AJK PIBG.

STAKE HOLDER :

- Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPD / JPM / KPM mendapat tindakan sehari selepas surat/arahan diterima.

** Sekiranya anda tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi, sila berjumpa terus Guru Besar atau hubungi melalui talian 06-3573793.